MENU
KURSUS PENGHASILAN DAN PRODUKSI FILEM PENDEK
 
19 November 2023 (Khamis) – Pada 6,7 & 8 November 2023, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Kursus Penghasilan Dan Produksi Filem Pendek yang telah diadakan di Bilik Latihan Kemuning, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Kursus selama 3 hari ini dihadiri seramai 20 orang kakitangan MPT yang terdiri dari pelbagai Jabatan dan Bahagian,Majlis Perbandaran Temerloh yang telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Pahang Skill Development Centre (PSDC).
 
Tujuan kursus ini diadakan bagi persediaan penghasilan Filem Pendek bagi menyertai Pertandingan Mencipta Video Kesedaran Awam dengan tema “ BUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH “ yang dianjurkan oleh SWCorp.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA