MENU
KURSUS PENGENALAN DAN PENGHASILAN PROJEK SERTA PENYEDIAAN DOKUMEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HIBRID 2024
 
06 Julai 2024 (Sabtu) – Pada 04 hingga 05 Julai 2024, telah diadakan Kursus Pengenalan dan Penghasilan Projek Serta Penyediaan Dokumen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Hibrid 2024 bertempat di Bilik Latihan Kemuning, MPT.
Seramai 34 orang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh telah terlibat yang terdiri daripada Pengarah Jabatan dan kumpulan pelaksana. Kursus ini disampaikan oleh Puan Wan Suraya binti Sahabaludin dari Majlis Bandaraya Shah Alam. Majlis perasmian kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh
Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada kakitangan MPT dalam penyediaan dokumen bagi projek yang telah dihasilkan seterusnya sebagai persediaan memasuki pertandingan KIK yang diadakan sama ada peringkat negeri/persekutuan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA