MENU
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN HALANGAN LORONG BELAKANG
 
Kerja-kerja pembersihan lorong belakang telah dijalankan di Taman Tualang Indah dan Taman Saga, Mentakab.
 
Untuk makluman penduduk di taman-taman perumahan seluruh daerah Temerloh, lorong belakang hendaklah bebas dari segala halangan yang boleh menganggu kenderaan penting seperti Ambulans atau Bomba memasuki lorong belakang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pembersihan lorong belakang atau mempunyai sebarang aduan berkaitan halangan di lorong belakang, sila hubungi Majlis Perbandaran Temerloh di Talian 09-2901777, 09-2901778, 09-2901779.
 
Kemaskini Terakhir: Selasa, 24 November 2020 - 12:26pm