MENU
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BANDAR TEMERLOH
 
16 Oktober 2023 (Isnin) – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh sedang giat melaksanakan kerja-kerja kebersihan iaitu pembersihan semak samun, pemotongan rumput dan kutipan sampah.
 
Tujuan utama adalah bagi meningkatkan tahap kebersihan bandar Temerloh disamping meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar melalui pelbagai aktiviti berkaitan kebersihan . MPT menyeru kepada penduduk dan pengunjung supaya membantu Majlis Perbandaran Temerloh menjaga kebersihan bandar. Kebersihan tanggungjawab bersama.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA