MENU
KEJOHANAN BOLING TERTUTUP ANTARA JABATAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
12 Ogos 2024 (Isnin) – Pada 10 Ogos 2024, telah diadakan Kejohanan Boling Tertutup Antara Jabatan, Majlis Perbandaran Temerloh bertempat di U-Bowl, Starmall Mentakab. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Turut hadir Setiausaha MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Bahagian MPT dan pemain-pemain Boling, MPT.
 
Pasukan Dol Said (Jabatan Kewangan, Jabatan Kawalan Bangunan & OSC) telah berjaya menjuarai kategori Trio VIP dengan membawa pulang wang tunai RM135 beserta piala iringan manakala pasukan Tok Gajah (Jabatan Penilaian & Jabatan Perancang Bandar) telah memenangi kategori Trio Mix dengan membawa pulang wang tunai RM135 beserta piala iringan. Bagi kategori Trio Terbuka telah dimenangi oleh pasukan Tok Janggut (Jabatan Landskap) dengan membawa pulang wang tunai RM135 beserta piala iringan. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan Tok Gajah (Jabatan Penilaian & Jabatan Perancang Bandar) dengan membawa pulang wang tunai RM550 beserta piala iringan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad bin Mohd Nor,Setiausaha MPT.
 
Berikut adalah senarai pemenang bagi pertandingan ini:
 
Johan Berpasukan Keseluruhan - Tok Gajah (Jab. Penilaian & Jab. Perancang Bandar)
 
Naib Johan – Dol Said (Jab. Kewangan,Jab. Kawalan Bangunan & OSC)
 
Trio VIP
Johan – Dol Said (Jab. Kewangan,Jab. Kawalan Bangunan & OSC)
Naib Johan – Tok Gajah (Jabatan Penilaian & Jabatan Perancang Bandar)
Ke-3 – Maharajalela (Jab. Kejuruteraan)
 
Trio MIX
Johan – Tok Gajah (Jabatan Penilaian & Jabatan Perancang Bandar)
Naib Johan – Tok Janggut (Jab. Landskap)
Ke-3 – Dato Bahaman (Jab. Perundangan & Penguatkuasaan)
 
Trio Terbuka
Johan – Tok Janggut (Jab. Landskap)
Naib Johan – Dol Said (Jab. Kewangan,Jab. Kawalan Bangunan & OSC)
Ke-3 – Maharajalela (Jab. Kejuruteraan)
 
Terima kasih kepada semua Kakitangan MPT yang sentiasa memberi sokongan yang padu dalam setiap acara yang dipertandingkan dan terima kasih juga kepada jawatan kuasa yang bertungkus lumus memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Kejohanan ini bukan sahaja tentang persaingan, tetapi juga tentang keseronokan, persahabatan, dan semangat berpasukan disamping mengeratkan ukhuwah sesama kakitangan.
 
JUMPA LAGI...
TERIMA KASIH SEMUA YG MENYERTAI NYA
YANG MENANG TAHNIAH
YANG KURANG BERJAYA INSHALLAH NEXT TIME...
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA