MENU
JUALAN MAKMUR AIDILFITRI 2024 NEGERI PAHANG
 
2 April 2024 (Selasa) - Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menganjurkan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Jualan Makmur ini akan diadakan selama 5 hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 yang melibatkan beberapa premis (pasaraya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang.
 
Berikut adalah lokasi Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang pada 3 hingga 4 April 2024 di Kerdau, Bandar Temerloh dan Jenderak.
 
1. Kerdau – Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kasim, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Temerloh
2. Bandar Temerloh – Perkarangan Dewan Tun Razak, Temerloh
3. Jenderak – Dewan Orang Ramai, Kuala Krau
Semoga dengan adanya jualan seperti ini, ia dapat membantu masyarakat setempat membeli barang keperluan harian dengan harga murah. Insya-Allah.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA