MENU
JOM BERBUKA PUASA SAMBIL BERSANTAI DI ESPLANADE 1 & 2, TEMERLOH
 
25 Mac 2024 (Isnin) – Berbuka puasa di hotel-hotel yang menyediakan program Buffet Ramadhan mungkin agak “overbudget “ bagi sesetengah orang apatah lagi jika bilangan ahli keluarga dan anak-anak ramai. Jangan risau, ada satu alternatif yang baik untuk anda berbuka puasa iaitu di Esplanade 1 & Esplanade 2,Temerloh. Lokasi ini turut menjadi lokasi popular buat orang ramai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga sahabat handai terutama pada hujung minggu.
 
Espalaned 1 terletak bersebelahan Masjid Abu Bakar, Temerloh manakala Esplanade 2 terletak berhadapan Klinik Kesihatan, Temerloh ini menjadi tumpuan warga Temerloh berbuka puasa kerana terdapat pelbagai pilihan tempat untuk membeli makanan baik di restoran mahupun di bazar Ramadan. Seawal jam 6 petang lagi orang ramai telah mula memilih “port “ yang “best “ untuk dihamparkan tikar sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa.
 
Selain dapat berbuka beramai-ramai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan pemandangan sekitar Sungai Pahang yang sungguh menarik sambil menikmati sepoi-sepoi angin yang amat mendamaikan. Maklumlah, lokasinya betul-betul berada di tepi Sungai Pahang.
 
Orang ramai juga boleh berkunjung ke Bazar Ramadan yang diadakan bersebelahan lokasi tersebut bagi mendapatkan juadah untk berbuka puasa. Lokasi Masjid juga sangat berdekatan supaya senang untuk pengunjung menunaikan Solat Maghrib atau pun Solat Terawih secara berjemaah sesudah berbuka puasa.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA