MENU
EKSPEDISI MAHKOTA, MUDIK SUNGAI PAHANG 2024
 
06 Mac 2024 (Rabu) – Ekspedisi Mahkota, Mudik Sungai Pahang 2024 hari ketiga meneruskan perjalanan ke daerah Temerloh. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menaiki perahu kajang dari jeti Kampung Durian Tawar menuju ke Kampung Bangau Parit, Temerloh.
Ekspedisi tiba di Jeti Bangau Parit pada pukul 11.15 pagi dan Tengku Hassanal berkenan menaiki motosikal ke lima buah rumah asnaf untuk menyampaikan kurniaan sumbangan sebelum singgah ke Warung Pakcu dan Makcu untuk santapan pagi.
Baginda kemudiannya berkenan melawat Kafe Amani Vanilla Temerloh yang terkenal dengan tanaman dan produk asli vanila yang dihasilkan sendiri oleh pengusahanya, Encik M. Feisal Mohamad Norawi. Baginda turut melawat galeri berkenaan vanila serta merasai sendiri keenakan aiskrim serta makanan dan minuman berasaskan tanaman yang menghasilkan buah (bean) eksotik ini.
Baginda dan semua peserta kembali ke jeti Bangau Parit pada pukul 12 tengahari untuk meneruskan ekspedisi ke jeti Kuala Krau untuk majlis serahan sumbangan kepada asnaf dan bekas polis di Balai Polis Kuala Krau.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA