MENU
ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Silaturahim bersama ANULAE Cawangan Cameron Highlands bertempat di Cameron Highlands. Program ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kesatuan disamping dapat bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan kesatuan ANULAE.
 
Di dalam program ini juga pihak ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Majlis Daerah Cameron Highlands dan beramah mesra bersama Yang Dipertua dan kakitangan Majlis Daerah Cameron Highlands. Selepas lawatan ini diadakan pula Mesyuarat AJK ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Temerloh kali pertama bagi sesi 2020-2023 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah(SAS), Majlis Daerah Cameron Highlands.