MENU
PERTANDINGAN PENCAHAYAAN & KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
 
14 Ogos 2024 (Rabu) – Majlis Perbandaran Temerloh akan mengadakan Pertandingan Pencahayaan & Kebersihan Premis Makanan yang berniaga pada waktu malam bermula 13 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024.
 
Antara kriteria/indikator yang dinilai adalah seperti berikut :
1. Pematuhan syarat-syarat lesen :
• Kebersihan tempat penyediaan makanan
• Mematuhi syarat-syarat Pengendali Makanan yang lengkap
2. Pemasangan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Pahang yang kreatif dan meriah.
3. Kreativiti pencahayaan/lampu hiasan.
4. Kebersihan premis makanan & tandas.
5. Landskap yang menarik dan indah.
6. Mempunyai lesen premis perniagaan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Sila imbas QR Code pada poster pertandingan untuk menyertai pertandingan ini.
Maklumat lanjut sila hubungi : Jabatan Kawalan Perniagaan Dan Pelesenan, MPT di talian 09-2901540/1545.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA