MENU
GOTONG-ROYONG DI GERAI ESPLANADE 1, TEMERLOH
 
06 Jun 2024 (Khamis) – Semalam Majlis Perbandaran Temerloh telah melaksanakan Program Gotong Royong di Gerai Esplanade 1, Temerloh sempena Pertandingan Pengikhtirafan Medan Selera Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Seramai 120 peserta telah hadir melibatkan kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh di semua Jabatan dan Bahagian,MPT.
 
Komponen utama dalam gotong-royong adalah aktiviti pembersihan kawasan di sekitar gerai dan juga di dalam gerai.
 
Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat. Semoga segala usaha murni ini menjadikan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA