MENU
Polisi Objektif Kualiti Bahagian Teknologi Maklumat

"Kami dengan penuh iltizam akan sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan berdedikasi."

Di dalam memenuhi Polisi Kualiti ini, kami mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh dengan objektif-objektif berikut :

  1. Sentiasa bertindak pantas dalam melaksanakan tugas harian.
  2. Mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2008, KPI
  3. Memastikan perjalanan sistem komputer Majlis Perbandaran Temerloh dalam keadaan baik pada tahap optimum.
  4. Sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan cekap.

 

Piagam Pelanggan Bahagian Teknologi Maklumat

  1. Memastikan maklum balas aduan berkaitan ICT diberi dalam tempoh 24  jam  bekerja  selepas  diterima  dan  menyelesaikan  aduan ICT  dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal luaran.
  2. Memastikan Pembangunan Sistem Aplikasi Baru MPT merangkumi pengaturcaraan, ujian, latihan dan dokumentasi mengikut saiz dan kompleksiti projek iaitu: Berskala Kecil – selesai pembangunan tidak melebihi daripada 3 bulan, Berskala Sederhana – selesai pembangunan dalam tempoh 3 – 6 bulan, Berskala Besar – selesai pembangunan dalam tempoh 6 – 12 bulan.
  3. Memastikan Data-data Sistem aplikasi MPT diBACKUP pada setiap hari.
  4. Berusaha mewujudkan budaya ICT di dalam persekitaran kerja dengan mengadakan kursus ICT dalaman sekurang-kurangnya 2 kali setahun kepada 10 peratus jumlah kakitangan.
  5. Memastikan tahap penyelenggaraan komputer dan sistem aplikasi berada dalam keadaan baik dan memuaskan iaitu 4 kali setahun penyelenggaraan.
  6. Memastikan tahap penyelenggaraan Sistem kamera Tertutup (CCTV) berada dalam keadaan baik dan memuaskan iaitu 4 kali setahun penyelenggaraan.
  7. Memastikan tahap keselamatan rangkaian komputer terkawal dan terjamin iaitu 4 kali setahun penyelenggaraan.
  8. Mengemaskini  maklumat  di  Portal  Rasmi Laman Web dalam tempoh 24 jam selepas permohonan lengkap diterima.
  9. Mewujudkan akaun emel rasmi pengguna dalam tempoh 24 jam selepas permohonan lengkap diterima.
  10. Menyediakan  kemudahan  pinjaman  peralatan  dan  akses  ICT dalam tempoh tiga (3) hari  bekerja  selepas  permohonan  lengkap  diterima, tertakluk kepada ketersediaan peralatan/ perisian tersebut.

Senarai Sistem Aplikasi MPT Semasa (Pembangunan Dalaman)

  • Sistem Penilaian
  • Sistem Sewaan
  • Sistem Kompaun
  • Sistem Pelesenan
  • Sistem Kutipan
  • Sistem Inkata
  • Sistem Bukuvot
  • Sistem Aduan Komputer
  • Sistem Inventori Komputer
  • Sistem Rekod CFO
  • Sistem Maklumat Kesihatan
  • Sistem Maklumat Kebersihan
  • Sistem Penilaian Semula
  • Sistem ISO Infolink
  • eAduan MPT
  • eCUKAI
  • eKOMPAUN PELBAGAI
  • eSTATUS LESEN
  • eBIL SEWA
  • eSEMAKAN BAYARAN
  • eINFO PELANGGAN
  • ePEMBEKAL
  • eSURAT
  • eMESYUARAT
  • eKONTRAKTOR
  • eHELPDESK
  • eBUKUVOT
  • eKENDERAAN
  • eKURSUS
  • eKUALITI
  • eMOHON PEROLEHAN
  • eLAPOR KERJA
  • eBANTING
  • eGRED PREMIS
  • eHADIR
  • eSEMAKCARLOAN
  • eSLIPGAJI
  • eKAWALAN BANGUNAN
  • ePERMITBANGUNAN
  • eSMS
  • eCCTV
  • eBUKULOG
  • Aplikasi Mobile MyMPT Aduan
  • Aplikasi Mobile MyMPT BilCukai
  • Aplikasi Mobile MyMPT BilSewa
  • Aplikasi Mobile MyMPT StatusLesen
  • Aplikasi Mobile MyMPT KompaunPelbagai
  • Aplikasi Mobile MyMPT PermitBangunan
  • Aplikasi Mobile Tourism Temerloh
  • Aplikasi Mobile MyMPT GredPremis