MENU
Objektif Jabatan Pusat Setempat
  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan MPT yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.
  • Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6)
  • Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1874 (Akta 133).

 

Piagam Pelanggan Jabatan Pusat Setempat
 
Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan.
 

Berikut adalah piagam pelanggan yang diamalkan oleh OSC :-

  • Menyelaras dan memudahkan proses kelulusan permohonan pembangunan tana, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain yang berkaitan dengan cadangan pemajuan
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah Konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan secara berasingan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambil kira peruntukkan-peruntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat-Setempat.
  • Menyediakan laporan secara berkala kepada KPKT setiap bulan sebelum atau pada 05 haribulan.