PIAGAM PELANGGAN 2026
- Permohonan Kelulusan Pelan Pemajuan:
a) Kebenaran Merancang (Kategori Kecil) dalam tempoh 86 hari.
b) Kebenaran Merancang (Kategori Sederhana) dalam tempoh 99 hari
c) Kebenaran Merancang (Kategori Besar Jenis A) dalam tempoh 300 hari.
d) Kebenaran Merancang (Kategori Besar Jenis B) dalam tempoh 115 hari.
e) Pelan Jalan dan Parit & Pelan Kerja Tanah dalam tempoh 92 hari.
f) Pelan Lampu Jalan dalam tempoh 33 hari.
g) Pelan Bangunan dalam tempoh 92 hari.
h) Pelan Landskap dalam tempoh 86 hari.
i) Nama taman/ jalan/ nombor bangunan dalam tempoh 92 hari.
- Permohonan kelulusan pelan tambahan/pindaan rumah kediaman diberi pertimbangan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Permohonan lesen yang lengkap akan diproses dan diberi pemakluman keputusan dalam tempoh berikut:
a) Lesen Premis Perniagaan Berisiko:
Tidak melebihi 30 hari dari tarikh terima permohonan.
b) Lesen Premis Perniagaan Tidak Berisiko:
Tidak melebihi 7 hari dari tarikh terima permohonan.
- Permohonan sewaan kemudahan perbandaran diberi pemakluman dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Penilaian cukai taksiran akan dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh lawatan CCC.
- Permohonan tukar nama pemilik harta akan dibuat dalam tempoh satu (1) hari selepas permohonan lengkap diterima.
- Keputusan bantahan nilaian cukai taksiran akan diberi maklum balas dalam tempoh 14 hari selepas pendengaran.
- Keputusan permohonan gerai akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas temuduga.
- Proses pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen yang lengkap diterima.
- Maklum balas aduan dalam tempoh 15 hari bekerja.
