Objektif Bahagian Audit Dalam, Integriti dan Ketirisan Hasil
Mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan aktiviti MPT melalui penelitian, pemerhatian, penilaian, dan pertimbangan cadangan-cadangan berdasarkan prinsip dan apa jua ketetapan MPT.
Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam, Integriti dan Ketirisan Hasil
- Adil didalam setiap penelitian, pemerhatian, penilaian dan pertimbangan cadangan.
- Tegas didalam mempertahankan prinsip, peraturan, dan apajua ketetapan MPT.
Fungsi Bahagian Audit Dalam, Integriti dan Ketirisan Hasil
- Membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi akaun dan audit pengurusan.
- Membuat teguran dan perakuan bagi memantapkan akaun dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
- Menyelaras teguran Audit setiap Bahagian / Unit Majlis Perbandaran Temerloh.