MENU

MAKLUMAT ASAS CUKAI TAKSIRAN AM MPT

PENILAIAN CUKAI KADARAN

Kadar Taksiran dikenakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

JENIS HARTANAH YANG DIKENAKAN CUKAI

Kadar Taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti berikut:

  • Rumah kediaman
  • Harta perdagangan (kedai, restoran, pejabat,hotel dan sebagainya)
  • Harta industri (kilang,gudang,bengkel, stor dan sebagainya)
  • Tanah kosong (perumahan, pertanian, komersial dan industri)

 

PENENTUAN CUKAI KADARAN

Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut :

Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar %

  • Penentuan "Kadar %"
    Secara umumnya kadar % ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) SUK Negeri Pahang.
  • Penentuan "Nilai Tahunan"
    Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.

 

TUJUAN NOTIS KADARAN

  • Mengikut Seksyen 141(2), notis kadaran merupakan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartabenda mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartabenda atau penghuninya mengenai cukai kadaran yang akan dikenakan.

 

BANTAHAN TERHADAP NOTIS KADARAN

  • Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Perbandaran Temerloh.

 

MESYUARAT RAYUAN CUKAI

  • Pemilik hartabenda yang membuat bantahan diberi peluang menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam Mesyuarat JK Penilaian dan Pengurusan Harta bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya. Sekiranya pemilik tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, pemilik boleh mewakilkan orang lain bagi pihak dirinya dengan syarat wakil tersebut hendaklah mengemukakan 'Surat Kuasa' yang telah ditandatangani oleh pemilik tersebut.

 

PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN BANTAHAN

  • Keputusan bantahan ke atas Nilai Tahunan akan dimaklumkan kepada setiap pemilik hartabenda berkadar melalui surat.

  

MENJELASKAN CUKAI KADARAN

  • Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPT setiap penggal.

 

PENGGAL TAKSIRAN

PENGGAL TAKSIRANadalah tempoh bagi pengeluaran dan pembayaran bil cukai taksiran seperti peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu :

  • Penggal bayaran bagi bil-bil cukai kadaran adalah seperti berikut:

 Penggal

 Tempoh Pembayaran

 Pertama

 1hb Januari sehingga 28hb. Februari

 Kedua

 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos