YANG DIPERTUA, MPT TINJAU PERSIAPAN MINI MAHA & REST HOUSE TEMERLOH
11 Ogos 2025 (Isnin) - Seawal jam 8.00 pagi, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) turun padang meninjau Tapak Mini MAHA Pahang 2025 untuk memastikan setiap persiapan berjalan lancar menjelang penganjuran pada 14 – 17 Ogos 2025.
Tidak berhenti di situ, beliau meneruskan lawatan ke Rest House Temerloh untuk mendengar pandangan serta mengenal pasti isu yang memerlukan penambahbaikan demi menjadikan kemudahan ini lebih selesa, berkualiti dan mesra pengunjung.
Komitmen ini membuktikan MPT sentiasa proaktif dalam memastikan kemudahan awam dan program berskala besar diurus dengan cemerlang demi manfaat warga Temerloh dan para pelancong.







Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA