MENU
TAKLIMAT DAN MAJLIS MENANDATANGANI BORANG OPSYEN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
 
12 November 2024 (Selasa) – Semalam Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dan Tuan Haji Mohamad bin Mohd Nor, Setiausaha, Majlis Perbandaran Temerloh telah hadir pada Majlis Taklimat Dan Menandatangani Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di Dewan Tun Razak, Temerloh bagi kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Acara bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan, “Negaraku”, “Allah Selamatkan Sultan Kami”, Bersih Indah Menarik serta lafaz ikrar Rukun Negara sebagai tanda patriotisme dan sokongan kepada nilai-nilai kebangsaan. Sebelum majlis menandatangani opsyen SSPA berlangsung, satu taklimat telah diberikan bagi memastikan semua kakitangan memahami sepenuhnya butiran yang berkaitan dengan sistem saraan ini.
 
SSPA adalah sistem saraan terkini yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang telah digunakan selama hampir 21 tahun dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia. Ia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Pegawai awam yang memilih SSPA akan mendapat gaji baharu, penjagaan saraan dan laluan kerjaya yang lebih baik. SSPA reformasi perkhidmatan awam yang menekankan pembangunan modal insan, prestasi tinggi, peningkatan kualiti dan produktiviti.
 
Tahniah kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang terlibat dalam memastikan kelancaran majis ini.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA