MENU

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

2025 Masihi | 1446 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam pada 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Semoga ibadah korban kali ini dapat dilakukan dengan sempurna serta diterima Allah SWT.
Aidiladha setiap tahun mengingatkan kita tentang sirah Nabi Ibrahim a.s serta anakanda Baginda Nabi Ismail a.s. yang menjadi pedoman buat umat Islam akan besarnya erti pengorbanan yang berlandaskan ketakwaan kepada Allah SWT. Bagi Jemaah yang menunaikan haji tahun ini, semoga mendapat haji yang mabrur.
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).”
(Riwayat Bukhari).
 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ
لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
 
“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya”.
(Surah Al-Hajj: 37)
 
Ikhlas daripada,
Yang Dipertua,
Setiausaha, Ahli Majlis & Seluruh Warga Kerja
Majlis Perbandaran Temerloh
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA