MENU
PROGRAM WORLD #QuranHour 2025 @ MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
25 Mac 2025 (Selasa) – Tengah hari ini Majlis Perbandaran Temerloh telah menjayakan Program World #QuranHour 2025. World #QuranHour 2025 bertemakan #SavingTheUmmah dengan berpandukan Surah al-Saff (Barisan) yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH.
 
Program ini diadakan serentak di seluruh negara dengan penglibatan segenap lapisan masyarakat Islam mulai jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. Dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. Surah Al-Saff dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat.
 
Bersama kita hidupkan al-Quran, satukan ummah, dan kukuhkan saf berpandukan Surah Al-Saff dalam misi “MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah”.
 
" Dunia Berbudi & Penyayang " #SavingTheUmmah
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA