17 Jun 2025 (Selasa) - Seramai 60 orang peserta terdiri daripada pemimpin komuniti dan wakil agensi telah menyertai Program Townhall Penyakit Bawaan Vektor Bersama KRT Mukim Perak & Mentakab Daerah Temerloh 2025 bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab pada 14 Jun 2025.
Majlis telah dirasmikan oleh YH Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh. Turut hadir Dr Nordiana binti Rosli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, PKD Temerloh, Encik Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti, MPT, Encik Saiful Redzuan bin Yusoff, Pengurus SWCorp Cawangan Temerloh
Objektif utama program adalah untuk :
- Meningkatkan kesedaran komuniti tentang bahaya penyakit bawaan vektor
- Memupuk tanggungjawab bersama dalam pencegahan denggi
- Menggalakkan kerjasama strategik antara masyarakat dan agensi
Pengisian program merangkumi :
- Taklimat Situasi Semasa oleh Dr Nordiana binti Rosli
- Ceramah Pencegahan & Peranan Komuniti oleh Dr Mohd Naqiuddin bin Mohd Yusof
- Sesi Dialog bersama Agensi
- Pameran Kesedaran Penyakit Bawaan Vektor
- Pemeriksaan Saringan Kesihatan
- X-break aktiviti interaktif
Semoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada komuniti untuk lebih berilmu, bertanggungjawab dan proaktif dalam usaha membanteras demam denggi di Daerah Temerloh.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA