MENU

 

 

 

23 April 2025 (Rabu) - Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh pagi ini dengan tema “Nikmati Saat ini”.
 
Warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh turut serta dalam menjayakan program ini dengan membaca bersama selama 10 minit tepat pada jam 11.00 pagi. Program Jom Baca diadakan serentak di seluruh negara pada jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi adalah untuk mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
 
Semoga amalan membaca ini dapat diteruskan dan menjadi budaya harian dalam kalangan warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh. Jom kita teruskan budaya membaca, demi ilmu dan kemajuan bersama!
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA