PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN SMART CITY "EARLY ADOPTER"
06 Jun 2025 (Jumaat) – Pada 4 Jun 2025, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Rizal bin Mustafa, secara simbolik telah mengemukakan permohonan ke gerbang National Smart City Portal (NSCP) sebagai tanda rasmi permohonan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Smart City "Early Adopter". Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif MPT dalam merealisasikan pembangunan bandar pintar yang berdaya saing serta memenuhi keperluan teknologi dan inovasi masa depan.
MPT berpotensi menerima penyaluran peruntukan berjumlah RM 400,000 sekiranya berjaya memenuhi kesemua 10 kriteria yang telah ditetapkan. Dana ini akan digunakan bagi mempertingkatkan pelaksanaan inisiatif Smart City, termasuk pembangunan infrastruktur digital, integrasi teknologi hijau, dan peningkatan sistem pengurusan bandar yang lebih efisien dan mesra alam.
Permohonan ini mencerminkan komitmen MPT dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih inovatif, mampan, serta berorientasikan kesejahteraan penduduk. Dengan pengiktirafan sebagai Smart City Early Adopter, Temerloh berpotensi menjadi contoh dan model rujukan bagi bandar-bandar lain dalam pelaksanaan konsep Smart City di Malaysia.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA