PERLAWANAN PERSAHABATAN PETANQUE MPT & JAIP PERERAT UKHUWAH ANTARA AGENSI
25 Ogos 2025 (Isnin) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan perlawanan persahabatan petanque bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) petang tadi bertempat di Arena Petanque Majlis Perbandaran Temerloh Dataran Tok Gajah, Temerloh. Perlawanan ini diadakan bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk semangat kesukanan di antara kedua-dua agensi.
Turut hadir memeriahkan acara tersebut ialah Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua MPT yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif sukan santai seperti ini. Beliau turut menzahirkan harapan agar program sebegini dapat diteruskan sebagai platform mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JAIP atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sekali gus menjayakan perlawanan persahabatan ini dengan penuh semangat dan harmoni.
MPT akan terus menyokong penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi yang berupaya memupuk perpaduan serta meningkatkan hubungan baik bersama pelbagai pihak selaras dengan usaha memperkasakan komuniti dan kesejahteraan masyarakat setempat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA