PERBINCANGAN BERSAMA PENDUDUK TAMAN SEBERANG DAMAI, TEMERLOH
10 Januari 2024 (Rabu) – Susulan kejadian runtuhan tembok belakang di Perumahan Taman Seberang Damai,Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk yang terlibat pada 9 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT.
Perbincangan dua hala antara pemilik rumah dan Majlis Perbandaran Temerloh yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Temerloh berjalan lancar dan kata sepakat telah dapat dicapai bagi membaikpulih runtuhan tersebut. Turut hadir Dato’ Ridzuan Hazimin, Ahli Majlis, MPT Merangkap Penyelaras Dun Kuala Semantan.
Majlis Perbandaran Temerloh mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik rumah yang teribat kerana memberi kerjasama yang baik bagi menyelesaikan pemasalahan ini.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA