PENYERAHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG KEPADA MANGSA RIBUT DI TEMERLOH
12 Jun 2025 ( Khamis) – Pada 10 Jun 2025, telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang Kepada Mangsa Ribut di Dewan MPT, Taman Sri Kerinau, Temerloh. Ribut kuat yang berlaku pada petang 9 Jun 2025 telah menjejaskan sebanyak 115 buah rumah melibatkan penduduk dari 12 kampung di sekitar kawasan Temerloh.
Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Turut hadir Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh; Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT); serta barisan Pegawai-pegawai Kerajaan dan Ahli-Ahli Majlis MPT.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kerajaan negeri terhadap rakyat yang terkesan. Kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan ini turut menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan kebajikan penduduk sentiasa diberi keutamaan, terutamanya dalam waktu-waktu sukar.
Sumbangan yang disalurkan diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas, sekaligus memberi semangat kepada mereka untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan seperti sediakala. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA