OPERASI TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN
16 Mei 2025 (Jumaat) - Operasi Tunggakan Cukai Taksiran (Menyerahkan / menampal Notis E (Notis 15 hari) kepada pegangan yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran telak dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPT bermula dari 7- 14 Mei 2025 melibatkan kawasan sekitar Jalan Ahmad Shah, Jalan Datuk Bahaman, Taman Cempaka Jaya, Jalan Tan Sri Yahya, Bandar Seri Semantan dan Pinggiran Temerloh Damai.
Kegagalan pemilik membuat bayaran atau hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh dalam tempoh 15 hari dari Notis E dikeluarkan akan menyebabkan tindakan sitaan,lelongan harta atau tindakan perundangan diambil keatas pemilik pegangan.
Operasi ini akan diteruskan dan diperluaskan secara berperingkat ke kawasan-kawasan lain bagi memastikan semua pemilik pemilik pegangan yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran, dapat menjelaskan tunggakan cukai taksiran demi manfaat bersama.
Operasi ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 148 Akta 171, Akta Kerjaan Tempatan 1976. Pemilik premis bertanggungjawab membayar cukai taksiran untuk pegangan anda 2 kali setahun iaitu sebelum 28 Februari dan sebelum 31 Ogos setiap tahun .
Pemilik pegangan digalakkan untuk membuat bayaran Cukai Taksiran tanpa kelewatan, kerana hasil kutipan ini akan dimanfaatkan semula bagi menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan awam – termasuk kutipan sampah, kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan jalan, lampu dan longkang. Tindakan segera dalam membuat bayaran juga dapat mengelakkan sebarang langkah penguatkuasaan diambil terhadap pemilik yang ingkar.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA