MENU
OPERASI PENGGANTIAN TONG SAMPAH 120L KEPADA TAMAN PERUMAHAN TERJEJAS AKIBAT BANJIR
 
Susulan bencana banjir yang melanda Temerloh pada awal Januari 2021, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh dan Alam Flora Sdn.Bhd akan melaksanakan pertukaran tong sampah bersaiz 120L untuk kegunaan setiap kediaman terjejas secara berperingkat.
 
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pertukaran Tong :
1) Salinan kad pengenalan
2) Bil utiliti (elektrik, air dll)
3) Tong 120L berlogo Alam Flora yang lama dibawa bersama semasa pertukaran tong (Jika tong hilang, maklumkan kepada KRT di taman masing-masing dan layak dapat ganti tong yang hilang secara serta merta)
 
Perlu patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan :
1) Pakai pelitup muka (face mask)
2) Scan mySejahtera / catat suhu badan
3) Penjarakan Sosial
4) Patuhi arahan KRT / penganjur pertukaran tong semasa pertukaran tong secara dilaksanakan.
 
Semoga pertukaran tong ini dapat memberikan keselesaan kepada seluruh penduduk di taman-taman perumahan terjejas akibat banjir di Daerah Temerloh.