MENU
OPERASI PEMBERSIHAN LORONG BELAKANG TAMAN PERUMAHAN DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
Pada 23 hingga 28 November 2020 yang lalu satu operasi pembersihan lorong belakang taman perumahan telah di jalankan iaitu di Taman Sri Layang, Mentakab.
 
Operasi pembersihan ini dilaksanakan secara berperingkat di seluruh taman perumahan bagi memastikan lorong belakang taman perumahan sentiasa bebas dari apa jua halangan untuk memudahkan laluan kenderaan, khasnya kenderaan penyelamat seperti BOMBA dan Ambulans dalam operasi menyelamat. Selain itu ia juga bertujuan bagi membasmi habitat haiwan liar seperti anjing dan binatang berbisa yang boleh menyebabkan kacauganggu kepada orang awam.
 
Tuan/puan hendaklah bertindak untuk meroboh, menanggal atau mengalihkan sebarang bentuk binaan kekal/sementara, tanaman dan apa-apa jua halangan yang berpotensi mengganggu kelancaran laluan lorong belakang.
 
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan, sila hubungi pihak Majlis Perbandaran Temerloh di talian 09 2901477/1777/1778/1779.