NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN TASIK BANDAR TEMERLOH
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa seluruh kawasan Taman Tasik Bandar Temerloh akan ditutup sementara mulai 20 Ogos 2025 sehingga 20 November 2025. Penutupan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf prasarana taman awam yang merangkumi pembaikan infrastruktur, penyelenggaraan kemudahan sedia ada, serta penambahbaikan fasiliti bagi keselesaan pengunjung.
Tujuan utama penutupan sementara ini adalah untuk memastikan keselamatan orang awam sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan, di samping meningkatkan kualiti prasarana taman agar dapat memberikan pengalaman rekreasi yang lebih baik kepada penduduk setempat dan para pengunjung.
Majlis Perbandaran Temerloh memohon kerjasama serta keprihatinan orang ramai terhadap sebarang kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penutupan ini. Projek menaik taraf ini diharapkan dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan, seterusnya memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti Temerloh.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Temerloh di talian 09-2901584.
Bersama Menjayakan Bandar Temerloh yang Lebih Sejahtera dan Kondusif

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA