MENU
Moh Datang Temerloh!
Moh Makan Ikan Patin!
 
Kredit Gambar : Fara Saila Radzun
 
 
Temerloh terkenal sebagai Bandar Patin Tempoyak
Selain menikmati keenakan Ikan Patin Masak Tempoyak, sebenarnya banyak lagi destinasi yang uols boleh terjah di Temerloh
1. Titik Tengah Semenanjung Malaysia - peminat Oh oh tee dee wajib ke sini hokeh, Tiket Masuk Dewasa  
 
RM5, Kanak2 RM3
2. Pusat Konservasi Kuala Gandah - Masuk Percuma, uols boleh bagi makan Gajah dan melihat aktiviti Gajah dimandikan di dalam sungai
 
3. Waterpark Kubang Gajah - kawasan yang luas dan cantik, harga tiket pula murah, memang berbaloi bawa anak2 ke sini, Tiket Dewasa RM12, Kanak2 RM10
 
4. Esplanade Temerloh (Tepi Sungai Pahang) - Uols boleh cuci mata dan cuci poket di Pekan Sari yang dibuka Setiap Hari Ahad, selepas ke Pekan Sari apakata uols naik bot untuk menikmati pemandangan Sungai Pahang, Tiket Dewasa RM6, Kanak2 RM3, Jambatan Gantung pula belum dibuka kerana masih di dalam penyelenggaraan
 
5. Tempat makan terlampau banyak pilihan, Koi risau balik jadi belon je - Restoren Patin Tempoyak yang glemer dan sedap (Along Patin Station, Selera Patin Bangau, Kancil Raja Patin), Aiskrim Amani Vanilla, Hogoh De Coco, Warong Selai, Nazan Corner, Dapur Koy, Ustaz Cendoi, Cafe Clash Gida, Rakutea, Mango Shake d Temerloh, Cozy Shake Cafe, Idea Kitchen Cafe, Shell Eat, Eat Me Cafe, Pizza Anak Dol Temerloh, Chaplin Noodles, Bam Bam Cake House, Shellout Dkilat, Nasi Air Kakna, Laksa Gebok, Temerloh Bistro, Nasi Ayam Kakmala, Poknik Restoren Temerloh, Nasi Ayam Ummu, Bangman Fried Chicken, Warung Acu, dan lain2 lagi
 
6. Homestay - Koi menginap di Homestay Ciknen, rumah yang berdekatan bandar, tenang, cantik dan bersih, ruang tamu dan semua 3 bilik fully aircond, siap ada Gazebo di luar rumah tau, owner pula tersangatlah baik siap hadiahkan Puding Caramel yang marvellous, kolam pon ade uols, yang berminat boleh wasap owner Encik Rosli www.wasap.my/60199706232
 
7. Car Boot Sale - Ok yang ni mak2 suka sangat ler kan, Car Boot Sale Terbesar di Malaysia ni terletak di DATARAN TEMERLOH, dibuka setiap hari Sabtu malam Ahad, bermula 8.30 malam sehingga 1 pagi, macam2 ada deme, rugi ler tak pergi
 
7. Sebelum balik Keyyell tu, singgahla beli Patin Tempoyak Laziz di Kiosk RNR Temerloh - KL, maklumlah badan dah penat, esok pula kerja, sampai rumah masak nasi, panaskan jer Patin Tempoyak Laziz tu kan
 
Macam mana deme? Best kan TEMERLOH, Koi sudah, deme bila lagi