MENU
MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA KARNIVAL HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 (HPPK2025)
 
27 Januari 2025 (Isnin) – Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat dan Kunjung Hormat sempena Karnival Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 (HPPK2025) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah diketuai oleh En. Azizul bin Alias, Setiausaha Bahagian bersama 6 orang pegawai. Hadir sama Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor, Pegawai-pegawai Jabatan Daerah Temerloh dan Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT,
 
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bercadang pada tahun ini untuk melaksanakan Sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 bertempat di daerah Temerloh dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghargai jasa golongan penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan mereka terhadap ekonomi negara.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA