MENU
MAJLIS PERSARAAN TUAN YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
21 November 2024 (Selasa) – Semalam telah diadakan Majlis Persaraan Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh ,Tuan Haji Suris bin Mihat bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh dengan dihadiri oleh Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT,Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT serta kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Selama 1 tahun, 8 bulan Tuan Haji Suris bin Mihat telah menabur jasa sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh dan 32 tahun mencurahkan bakti sebagai penjawat awam. Selama tempoh perkhidmatan sebagai Yang Dipertua di Majlis Perbandaran Temerloh, segala dedikasi, ketokohan, dan kepimpinan yang dipamerkan telah membawa perubahan besar kepada daerah Temerloh serta menjadi sumber inspirasi kepada semua.
 
Persaraan bukanlah penutup tetapi permulaan kepada perjalanan baru. Kami doakan Tuan Haji Suris bin Mihat sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta. Semoga di masa hadapan akan terus membawa kejayaan kepada Tuan Haji Suris bin Mihat dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
Kami di MPT sangat berbangga kerana diberikan peluang untuk bekerja bersama beliau. Jasa beliau sentiasa dihargai. Terima kasih dan selamat bersara dari kami warga Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Raut wajah damai dan tenang;
Tiada terkalam kasih dijunjung;
Jasa baktimu tetap dikenang;
Budi baikmu tetap disanjung.
Ayam rintik di pinggir hutan;
Nampak dari tepi telaga;
Nama yang baik jadi ingatan;
Seribu tahun terkenang juga.
 
Terima Kasih dan Selamat Bersara
Tuan Haji Suris bin Mihat
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA