MAJLIS PERJUMPAAN YANG DIPERTUA BERSAMA WARGA KERJA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
18 April 2023 (Selasa) – Pagi tadi telah diadakan Majlis Perjumpaan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Suris bin Mihat bersama warga kerja Majlis Perbandaran Temerloh yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh.
Dimajlis tersebut Tuan Yang Dipertua telah menyampaikan amanat dan pesanan agar semua warga kerja meningkatkan prestasi kerja mengikut KPI yang diberi dan seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga kerja.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan hari raya dari Koperasi Majlis Perbandaran Temerloh Berhad kepada semua ahli-ahli koperasi yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.