MAJLIS PERASMIAN TAMAN REKREASI MADANI TAMAN PULAI IDAMAN, TEMERLOH
10 Mac 2025 (Isnin) - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu telah menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Rekreasi MADANI (TRM) Taman Pulai Idaman, Temerloh petang semalam.
Turut hadir ke program ini adalah Ahli Dewan Negeri Pahang, YB. Fadzli bin Mohd Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Landskap Negara,Tuan Ahmad Syahruddin bin Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tuan Haji Mohd Jamil bin Haji Idris, Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Tuan Sharudin bin Hamid, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor, Ahli-Ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPT, barisan pegawai daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) dan KRT Taman Pulai Idaman, Temerloh
Projek ini telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Temerloh melalui penyaluran peruntukan oleh KPKT dengan peruntukan sejumlah RM500,000. Lokasi TRM Taman Pulai Idaman yang terletak dalam kawasan kediaman memberi akses mudah kepada penduduk setempat. Penduduk setempat dapat beriadah dengan lebih selesa dan selamat seterusnya menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Antara kemudahan yang disediakan adalah laluan pejalan kaki, alatan permainan kanak-kanak, alatan kecergasan, wakaf, bangku taman dan lain-lain lagi.
Seterusnya YB Timbalan Menteri telah mendengar pembentangan kertas kerja oleh Pengarah Jabatan Landskap MPT serta Pegawai dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh. YB Timbalan Menteri juga telah mengadakan walkabout di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh dan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan Lurah Semantan sebagai tanda sokongan kepada para peniaga bazar dalam memastikan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA