MENU
MAJLIS PERASMIAN KEBUN KOMUNITI KRT TAMAN SRI LAYANG, MENTAKAB
 
14 November 2024 (Khamis) – Majlis Perasmian Kebun Komuniti KRT Taman Sri Layang, Mentakab telah berlangsung pagi tadi bertempat di Kebun Komuniti, Taman Sri Layang, Mentakab.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Hadir sama Setiausaha MPT, Ahli-ahli Majlis MPT, Pengarah-Pengarah Jabatan MPT, Ketua-Ketua Bahagian MPT, KRT Taman Sri Layang, Mentakab serta penduduk Taman Sri Layang, Mentakab.
 
Program Pembangunan Pertanian Komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Selain itu juga ia membolehkan penduduk mendapat hasil tani yang lebih sihat dan segar.
 
Dasar kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang cuba mengoptimumkan penggunaan tanah serta ruang dan menggalakkan komuniti melakukan aktiviti perkebunan sebagai langkah memperkasakan komuniti bandar dengan membangunkan kebun secara tersusun, sistematik, organik dan mampan di kawasan bandar.
 
Tahniah KRT Taman Sri Layang, Mentakab. Berkat usaha yang gigih, semangat dan sentiasa berbudi kepada tanah tidak pernah merugikan, malahan mendatangkan pulangan yang menguntungkan.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA