MENU
MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TEMERLOH 2035 (PENGGANTIAN)
 
20 Disember 2024 (Jumaat) - Semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT telah berlangsung Majlis Penyerahan Dokumen Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 (Penggantian) oleh Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia, TPr Norjafni bin Zainuddin kepada Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor yang disaksikan oleh Pengarah PLANMalaysia Pahang, YH Dato’ TPr Nik Noraisu binti Nik Ibrahim. Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Temerloh, Ahli-Ahli Majlis, dan Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Dokumen RTD Temerloh 2035 (Penggantian) ini telah diwartakan pada 29 Ogos 2024 dengan No. Warta 2245. Dokumen ini merupakan satu rujukan utama untuk pihak Majlis Perbandaran Temerloh dalam kawalan perancangan pembangunan secara khususnya. Bagi pihak agensi/ jabatan pelaksana boleh menggunakan dokumen ini untuk memohon peruntukkan kepada pihak kementerian dan kerajaan negeri dalam merealisasikan pembangunan yang dicadangkan di dalam RT ini. Sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung Malaysia, Temerloh mempunyai potensi yang baik untuk menjadi daerah yang maju dan sejahtera pada tahun 2035.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA