MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (MPT) BAGI KEJOHANAN SUKAN KERAJAAN TEMPATAN PAHANG KALI KE-9 (SKT) 2025
19 Februari 2025 (Rabu) – Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor pagi ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Pasukan Kontinjen Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Pahang kali ke-9 (SKT) 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MPT.
Sukan Kerajaan Tempatan Pahang kali ke-9 (SKT) 2025 bakal berlangsung di Kuantan pada 20 hingga 23 Februari 2025. Majlis Perbandaran Temerloh menghantar seramai 188 orang ahli kontinjen yang bakal menyahut cabaran sebanyak 16 acara melibatkan sukan Bolasepak, Futsal, Badminton, Sepak Takraw, Bola tampar, Bola Jaring, Petanque, Ping Pong, Carom, Dart, E-Sport, Tarik Tali, Menembak, Golf, Snooker dan Bowling.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor telah menyempurnakan penyerahan bendera MPT kepada En. Ismail Abu sebagai Ketua Kontinjen MPT. Dalam ucapannya, mengharapkan para atlet menjaga disiplin dan menjaga imej Kontinjen Majlis Perbandaran Temerloh. Dengan semangat kesukanan yang membara dalam kalangan kontijen MPT, MPT mampu beraksi hebat dan menampilkan saingan sengit untuk meraih kemenangan.
Selamat bertanding dan berjuang kekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi mengharumkan nama MPT.
Ayuh semua kita sokong kontinjen MPT. MPT Pasti Boleh!






Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA