LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MPT MENINJAU TAPAK & MENDEKATI PENIAGA TEMPATAN
1 Ogos 2025 (Jumaat) – Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan lawatan kerja bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi ke beberapa lokasi sekitar bandar Temerloh, meliputi Tapak Parking Hotel U-Design, Tapak Parking Hotel Jelai, Tapak Kiosk di Taman Temerloh Jaya serta Pasar Awam Temerloh.
Lawatan ini bertujuan meninjau isu-isu berbangkit serta meneliti keadaan infrastruktur sedia ada berikutan aduan dan maklum balas daripada orang awam. Tuan Yang Dipertua turut mengambil kesempatan untuk berinteraksi bersama para peniaga, seterusnya mendengar sendiri cadangan dan permasalahan yang dikemukakan.
Turut hadir, Ahli Majlis MPT, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Pengarah Jabatan Pelesenan, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti serta Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pembangunan Belia MPT.
Majlis Perbandaran Temerloh terus komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, responsif dan mesra rakyat.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA