LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA KE PEKAN SEHARI TEMERLOH
08 Oktober 2024 (Selasa) – Terima kasih Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Pekan Sehari Temerloh pada 6 Oktober 2024. Lawatan MPAJ ini telah diketuai oleh Puan Marlina binti Mohamad, Pengarah Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan dan turut dihadiri oleh 31 kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya termasuk Ahli Majlis.
Semasa lawatan, MPAJ telah diberi taklimat ringkas oleh Puan Norazlina binti Ahmad Mudakir, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran, MPT mengenai sejarah Pekan Sehari Temerloh dan seterusnya mengadakan lawatan ke Pekan Sehari Temerloh. Sebelum itu ucapan aluan telah disampaikan oleh En. Harith Fathilah bin Mohd Hajar, Pengarah Jabatan kejuruteraan,MPT mewakili Yang Dipertua,MPT.
Diharapkan agar lawatan ini mampu memberi impak positif terhadap kedua-dua pihak dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada rakyat disamping mengeratkan hubungan di antara kedua-dua PBT.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA