KDPB SULTAN PAHANG BERKENAN RASMI MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB, KAMPUNG TELUK IRA
08 Mac 2025 (Sabtu) - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Teluk Ira dengan nama Masjid Saidina Umar Al-Khattab, di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda ke masjid berkenaan diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut mengiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 orang asnaf di kawasan sekitar.
Sebelum itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh. Selain membeli juadah berbuka puasa, Paduka Baginda berdua turut menyantuni rakyat dan bergambar kenangan






Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA