MENU
16 Ogos 2020 - Setelah hampir 5 bulan ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan & mengekang penularan wabak Covid19, Pekan Sehari Temerloh telah dibuka semula pada 16 Ogos 2020. Semua peniaga sedia ada dan kehadiran pengunjung untuk membeli-belah hari ini menghidupkan kembali dan mewarnai aktiviti Pekan Sehari Temerloh. Kelihatan wajah gembira dan ceria oleh peniaga dan pengunjung apabila Pekan Sehari ini beroperasi.
 
Ucapan terima kasih kepada semua peniaga dan pengunjung diatas kerjasama di dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka, merekodkan kehadiran dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera dan patuh kepada arahan dari pihak Majlis Perbandaran Temerloh serta Pihak Berkuasa sebagaimana yang telah ditetapkan.