MENU
PROGRAM JALINAN KOMUNITI PEMELIHARAAN KEBERSIHAN AWAM
 
09 Februari 2026 (Isnin) - Program Jalinan Komuniti Pemeliharaan Kebersihan Awam: Litter Picking Esplanade telah berjaya dilaksanakan pada 7 Januari 2026 (Sabtu) bertempat di Esplanade Temerloh.
 
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam) dengan Majlis Perbandaran Temerloh, serta melibatkan penyertaan SWCorp Cawangan Temerloh dan Alam Flora Sdn. Bhd..
 
Program ini dihadiri oleh En. Nor Hisham bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pembangunan Komuniti, Majlis Perbandaran Temerloh, dan dikendalikan di bawah seliaan Puan Hazrawani binti Halim, Pengarah Program dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam).
 
Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti litter picking, taklimat pengasingan sisa pepejal oleh pihak Pengurus SWCorp Cawangan Temerloh dan Eksekutif Alam Flora Temerloh, serta aktiviti pengasingan sisa oleh pelajar Politeknik Shah Alam.
 
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 70 orang peserta, dan berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan awam serta pengurusan sisa pepejal yang berkesan.
 
a
A
a
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA