MENU
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 2025
 
26 Ogos 2025 (Selasa) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) pagi tadi telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2025 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang, setia dan penuh dedikasi sepanjang tahun.
 
Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini dimulakan dengan ketibaan kakitangan MPT, Ahli-ahli Majlis MPT serta Yang Dipertua MPT, Tuan Rizal Bin Mustafa, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Tuhan Kami dan lagu rasmi MPT Bersih, Indah & Menarik. Bacaan ikrar serta doa turut mengiringi suasana majlis yang berlangsung penuh tertib dan bermakna.
 
Dalam ucapan beliau, Yang Dipertua MPT menekankan pentingnya setiap warga kerja terus mengekalkan prestasi yang tinggi, mengamalkan budaya kerja berintegriti dan menyokong visi menjadikan Temerloh sebagai sebuah bandar yang bersih, indah serta menarik untuk didiami dan dilawati.
 
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah utama termasuk Anugerah Perkhidmatan Setia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta penghargaan khas kepada pesara sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti mereka kepada organisasi. Majlis diteruskan dengan jamuan, cabutan bertuah serta sesi bergambar sebagai simbol penghargaan dan kenangan bersama.
 
Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga MPT untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, komited dan profesional, demi merealisasikan aspirasi Amazing Temerloh.
 
a
a
a
a
A
A
A
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA