PROGRAM STREET DAKWAH DI ESPLANADE 2, TEMERLOH
23 Ogos 2025 (Sabtu) - Alhamdulillah, Program Street Dakwah anjuran Majlis Perbandaran Temerloh dengan kerjasama Masjid Abu Bakar Temerloh dan Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh telah berjaya dilangsungkan sebentar tadi bertempat di Dataran Esplanade 2 Temerloh.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Mohd Azmir dari Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang telah menyampaikan tazkirah penuh pengisian dan nasihat bermanfaat kepada para hadirin. Kehadiran masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan majlis ini mencerminkan semangat ukhuwah serta komitmen bersama dalam memperkukuh kefahaman agama dan mengimarahkan syiar Islam di Temerloh.
Penganjuran program sebegini bukan sahaja membuka ruang dakwah di kawasan awam secara santai dan terbuka, malah berperanan mengeratkan hubungan antara institusi agama, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta hadirin yang hadir memeriahkan program ini. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada pembangunan sahsiah masyarakat dan terus menjadi pemangkin kepada lahirnya komuniti yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA