MENU
NOTIS PENGIBARAN JALUR GEMILANG & BENDERA NEGERI PAHANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025
 
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memaklumkan bahawa semua peniaga, pemilik bangunan swasta, premis perniagaan, pejabat pengurusan, bank perdagangan, institusi pendidikan, kilang, hotel, bengkel serta pemilik kediaman yang berada di bawah kawasan pentadbiran MPT adalah diwajibkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing.
Langkah ini dilaksanakan sebagai tanda sokongan dan penyertaan seluruh masyarakat terhadap Sambutan Bulan Kebangsaan 2025, yang berlangsung mulai 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025. Pengibaran bendera adalah simbol semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara serta negeri tercinta.
 
MPT menyeru semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini sebagai usaha bersama memeriahkan sambutan, memperindahkan persekitaran bandar serta menanamkan rasa bangga dan hormat terhadap perjuangan kemerdekaan yang telah dicapai.
 
Pihak MPT akan turut menjalankan pemantauan bagi memastikan setiap premis mematuhi arahan ini, selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menyemarakkan semangat kebangsaan di daerah Temerloh.
 
Majlis Perbandaran Temerloh mengajak seluruh warga untuk berganding bahu menjayakan kempen ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang sebagai tanda kecintaan dan kesetiaan kepada tanah air.
 
a
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA