KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH TAHUN 2025
#BERSIH • MENAWAN • WANGI (BMW)
Lokasi: Tandas Awam Majlis Perbandaran Temerloh, Jalan Tok Muda Awang Ngah
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Agenda Nasional Malaysia Sihat telah melancarkan Kempen Tandas Awam Bersih Tahun 2025 yang bertemakan BMW: Bersih, Menawan, Wangi.
Kempen ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan tandas awam di bawah seliaan MPT, seiring dengan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), iaitu:
- SDG 3: Kesihatan & Kesejahteraan
- SDG 6: Air Bersih & Sanitasi
- SDG 11: Bandar & Komuniti Mampan
Penggunaan fasiliti awam secara berhemah adalah tanggungjawab bersama. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk:
- Dilarang merokok di dalam tandas
- Dilarang membuang sampah merata-rata
- Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas
- Dilarang mencangkung di atas mangkuk tandas
- Berhati-hati kerana lantai mungkin licin
- Menggunakan air secara berhemah
Kempen ini diharap dapat memupuk kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan dan imej bandar Temerloh secara kolektif.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA