PROGRAM BRISKWALK MPT | LANGKAH CERGAS, WARGA CERIA!
1 Ogos 2025 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Pembangunan Komuniti telah menganjurkan Program Briskwalk Warga Kerja MPT di Taman Rekreasi Kubang Gajah, Temerloh.
Disertai oleh kakitangan pelbagai jabatan termasuk Jabatan Kewangan, Jabatan Perancang Bandar serta Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, program ini menjadi platform memupuk gaya hidup sihat, semangat berpasukan dan budaya kerja positif.
Aktiviti bermula jam 8.00 pagi dengan senaman ringan, diikuti briskwalk sejauh 2km. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen tinggi demi kesejahteraan diri serta organisasi.
Manfaat program:
- Tingkatkan kecergasan & kesihatan mental
- Kurangkan tekanan kerja & tingkatkan fokus
- Eratkan ukhuwah sesama warga kerja
- Bentuk budaya kerja harmoni & produktif
Tahniah & terima kasih kepada semua yang menjayakan!
MPT komited meneruskan inisiatif sihat & ceria seperti ini pada masa hadapan.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA