LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH KE MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)
18 Jun 2025 (Rabu) - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) jam 2.30 petang tadi. Lawatan ini diketuai oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh, Tuan Rizal bin Mustafa, bersama delegasi seramai 16 orang pegawai kanan dari pelbagai Jabatan dan Bahagian MPT.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi meninjau pelaksanaan dan keberkesanan sistem pengurusan digital yang diguna pakai oleh MUIP, merangkumi:
Task Management System (TMS)
Smart Integrated Planner System (SIPS)
Ebayt Prestasi
Perkongsian ilmu dan pengalaman ini amat bermakna dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus organisasi secara lebih cekap, sistematik dan berkesan.
Majlis Perbandaran Temerloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MUIP atas kesudian menerima kunjungan ini serta atas perkongsian yang amat bernilai. Semoga hubungan strategik ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA
#AmazingTemerloh
#TemerlohTitikTengahSemenanjung
#TemerlohBandarIkanPatin
#Muip