MENU
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI DIALOG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH TEMERLOH BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
 
15 Mei 2025 (Khamis) – Sebentar tadi Majlis Perbandaran Temerloh telah menerima kunjungan hormat dari pegawai dan anggota Unit Penguatkuasa dan Perundangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh yang diketuai oleh Encik Mohd Hafizul bin Abd. Ghani bersama 3 orang pegawai.
 
Kunjung hormat ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh (JKM) dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT). Sesi kunjung hormat ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Asri bin Ismail,Pengarah Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan MPT. Turut hadir Ketua-ketua Bahagian MPT serta pegawai-pegawai MPT.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh atas kunjung hormat ini. Semoga ianya dapat mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA